Pengenalan : Batu Karang dalam
Ginjal (Buah Pinggang)
Apa dia
Batu karang dalam
Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah
Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis
kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat
dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat
ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi
sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal,
kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya
menjadi bertambah besar.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang
mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh
membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/
atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika
tidak diubati segera.
Adakah
batu dalam ginjal
penyakit biasa ?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran
kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah
penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu
ketika dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian
pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal
adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki
pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum
wanita.
Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan.
Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah
nasihat daripada doktor anda.
Apakah
tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula
terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam
ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan
dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu
keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan
membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda
seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa
loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan
yang segera.
Bagaimana
batu dalam ginjal itu
diubati ?
Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika
batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah
dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan
disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan
dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi
mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila
batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian.
Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab
terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan
pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric
dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu
besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan
adalah perlu.
Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan
pengubatan
sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka
ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.