BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan
berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka
baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah seluroh badan.
DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada
segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan
Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang
sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan
kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan
hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di
dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi
campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap
asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan
penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah
dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air
kencing.
Bagaimana
Buah Pinggang Bekerja ?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di
belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke
buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada
setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi
lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli.
Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang.
Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam
dan bahan kotoran daripada darah.
Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada
arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan
ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub
ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang
diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada
buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair
yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam
pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu
lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah
pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.
Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan
garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air
dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan
mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang,
air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing.
Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air
kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air
yang cukup.
Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan
air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril.
Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar
tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini
boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan
keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila
aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air
kencing yang terkumpul.
Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang
sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan
kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah
pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali
sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa
cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat
pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut
membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini
mungkin disebabkan kekurangan air - dehidrasi (umpamanya selepas
muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda
akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.
Batu Karang
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam
ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan
dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air
kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic
- sakit teruk di sekeliling buah pinggang hhingga ke bahagian
kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan
apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan
sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga
dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan. Buah
pinggang gagal berfungsi
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit
kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah
pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak
dan paru-paru).
Buah
pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit.
Antaranya ialah - :
1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah
pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari
makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau
buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak
memakan makanan segera, dll
7. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah
tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab
yang tidak diketahui.
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan
kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak
hidup seseorang.