Make your own free website on Tripod.com
www.homebisnes.com
Malaysia Homebisnes Portal

 
Introduction
Jenis Bonus
SMS Applications
Member/Agent
Reload Card Products
Type of SMS Message
 
 
     
 


Adakah anda menggunakan telefon bimbit prepaid? Atau jika kawan-kawan, adik-beradik atau saudara mara anda menggunakannya?

Silalah mendaftar dalam "peluang keemasan perniagaan" ini.

Program ini telah dianjurkan oleh syarikat yang bernama SMSBiz (http://www.smsbiz.com.my) yang telah berkecimpung dalam bisnis ini selama 6 tahun. ***sila lihat dokumen pengenalan dibawah untuk lebih lanjut.

Jika anda selama ini, menjual produk-produk kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian, kini anda hanya menjual reload prepaid pin utk pelanggan ini. Sasaran pelanggan anda adalah lebih besar kerana ia meliputi segenap lapisan masyarakat yang menggunakan prepaid handphone.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan modal sebanyak RM118 dan sebuah telefon bimbit (tidak kira telefon bimbit ber"sim" kad line atau prepaid)

Modal RM118 yang dilaburkan mengandungi RM100 untuk anda membeli reload prepaid pin atau anda boleh juga menjualkan nya kepada pelanggan anda. Hanya RM18 sahaja digunakan untuk yuran seumur hidup. (*Tiada yuran tahunan) **paling murah berbanding dengan MLM yang lain!!!

Kerja anda adalah paling minimum. Tiada stok untuk anda simpan, tanpa perlu mengambil stok dari stokis. Boleh dikatakan kesemuannya dilakukan dgn menggunakan mesej pesan pendek (SMS) dari telefon bimbit anda.

Contohnya, cara anda menjual atau mengunakan sendiri kad prepaid reload anda.

1. Pelanggan anda ingin membeli kad reload Maxis RM60.

2. Anda hanya perlu menghantar kata laluan dengan mengguna mesej SMS (cara utk melakukannya disertakan) dan menghantar mesej tersebut kepada komputer utama perkhidmatan telefon kami.

3. Dalam masa 30 saat, komputer utama akan menghantar jawapan melalui mesej SMS dengan bersertakan Nombor Serial dan Nombor Pin untuk anda reload mengikut operator telefon bimbit yang anda kehendaki.

4. Pada masa yang sama, akaun bisnis (yg mengandungi RM100 itu semasa anda mendaftar) akan ditolak mengikut kos sebenar harga kad reload anda. contohnya bagi 012 Maxis RM60, nilai yang akan ditolak adalah RM57.84 sahaja. Disini anda sudah menerima komisen sebanyak RM2.16. (Jumlah komisen anda akan bertambah apabila anda mempunyai agen dibawah anda (downline)).

5. Nombor Pin yang anda dapati itu diberikan kepada pelanggan anda. Dia akan mengisi ulang/reload secara biasa iaitu mendial nombor utk reload dan mengikut arahan daripada perkhidmatan pelanggan tersebut. contohnya. no perkhimatan reload pelanggan bagi maxis adalah 122.

6. Anda mengambil jumlah RM60 daripada pelanggan anda secara tunai. Jumlah wang ditangan anda adalah termasuk keuntungan yang anda dapati daripada jualan yang anda buat.

7. Dengan ini, jumlah akaun bisnis anda telah berkurangan dengan jualan tadi. Untuk menambah kembali akaun itu, anda perlu :

a) Pergi ke bank-bank utama (Maybank,Public bank, Bumiputra Commerce) dan depositkan lebih banyak wang kedalam akaun bisnis anda. dapatkan slip deposit tersebut dan faks kan kepada pejabat SMSBiz. Sekarang anda sudah bersedia untuk menjual kad reload dan mendapat lebih banyak keuntungan.

atau

b) anda boleh juga pergi ke pejabat SMSBiz di Pandan Indah, KL untuk menambah akaun tanpa melalui bank.

atau

c) Jika anda mempunyai upline yang mengumpul dana yang agak banyak bolehlah ada mengunakan fungsi 'fund transfer' menggunakan sms juga *contohnya memasukkan kedalam akaun maybank2u akaun upline anda dan upline anda akan memasukkan wang tersebut ke akaun bisnis anda ***ini adalah bergantung kepada kepercayaan anda dengan upline anda!!!!

Prosedur diatas tidak berhenti disini saja. Sebagai program jualan multi-level, anda akan diberi insentif untuk menaja agen baru dibawah anda. Setiap agen baru yang anda taja, anda akan mendapat RM5 dan jika anda mempunyak 3 agen dibawah anda, anda boleh mendapat imbuhan daripada keuntungan jualan mereka. ***sila lihat dokumen group over riding profit dibawah. Selain daripada itu terdapat 2 jenis lagi bonus dari segi leadership dan quarterly.

Agen mempunyai keupayaan untuk memindahkan wang antara sesama akaun bisnis selagi mereka percaya satu sama lain. Jika anda kekurangan wang dalam akaun bisnis anda dapat meminjam atau memindah dana dari agen yang lain kepada akaun bisnis anda. Ini adalah mudah dengan hanya menghantar mesej sms yang tertentu dan anda boleh menjalankan bisnis anda seperti biasa.

Untuk menjadi aktif dalam bisnis ini, anda hanya perlu menjual sekurang-kurangnya satu reload card sebulan. Jika anda sendiri merupakan pengguna prepaid, ia tidak menjadi satu masalah. Anda boleh membeli kad prepaid ini dengan harga diskaun tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, muat turun / download dokumen tersebut disini.

Jika anda ingin mengikut program ini atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantar email kepada saya. smsniaga@yahoo.com atau menelefon terus kepada saya di 013-6408906.

Soalan Lazim yang selalu ditanya. Klik disini.

http://www.smsbiz.com.my (Halaman Utama)

Link Tambahan: http://groups.yahoo.com/group/smsbiz/
http://my_smsbiz.tripod.com
http://www.voy.com/141576/
http://smsbiz.blogspot.com
http://smsniaga.blogspot.com

Tiada paksaan untuk berjaya. Tepuk dada tanya selera.Semoga berjaya.

Nizam


 
 
     

Malaysia Homebisnes Dot Com under SS DINAS ENTERPRISE
P.O.BOX 7133 Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
Phone No: 013-6408906 Faks No: 03-91711639
Hak Cipta Terpelihara @ 2003 - SS DINAS ENTERPRISE