Penyakit Batu Karang
Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang
PENYAKIT batu karang
dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall
bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua
kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk
penyakit ini.
Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Batu karang dikenali
dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan
penyakitnya disebut nefrolitiasis.
Batu karang terbentuk
daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam
kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza;
ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau
berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu
karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang
atau kawasan organ seks.
Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah
juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.
Penyakit batu karang
lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah
lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di
saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit
yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang
diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).
Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di
pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga
disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang
pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga.
Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen,
protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair
hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang
yang mempunyai saiz berbeza-beza.
Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera
makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang
rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu
apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula
menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.
Pemakanan
tradisional Cina
Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat
penyakit batu karang. 120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari
sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula
hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut
laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur
seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu)
Perubatan
tradisional Melayu
Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak
cara rawatan untuk batu karang.
Contohnya ialah:-
Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak
lenga (sesamun indicum), makan.
Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek;
telan tiga pagi.
Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga
dan akarnya.
Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk
sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum.
Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans)
dan akar beluntas (Puchea indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan
ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan
bakar.
Kemudian minum airnya dan makan isinya.
(Warisan
Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).
Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani,
Singapura ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara
kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle
sibthorpioides)
Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan
saluran kencing.
Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali
(Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera);
kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta
jamaicensis).
Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan
kesakitan dan untuk mengeluarkan batu, jika tidak berjaya pembedahan
akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.
Rawatan
moden Komplimentari (Homeopathy)
Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubat-ubatan
tanpa dadah dan tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan.
Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit
bila sakit sangat. Berberis Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15
minit hingga lega. Lain-lain penawar yang boleh membantu merawat batu
karang ialah Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album,
Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun, Magnesia Phos.
Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu karang jangan
berulang kembali.
(Penyakit-penyakit
dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad
Hj. Yaacob)
Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan Penulis wanita Amerika
terkenal, Adelle Davis menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu
karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan memastikan zat secukupnya.
Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang
penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan
magnesium.
Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin,
makanan segera yang biasanya tidak berzat, junk foods - semuanya
membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang. Kita
mesti pastikan makanan kita adalah dari bahan segar, baru,
sayur-sayuran segar baru, sayur-sayuran segar dari kampung atau tanam
sendiri dan banyak minum air bersih.
Selain dari menjaga pemakanan kita mesti juga melakukan senaman setiap
hari bagi umat Islam jangan tinggal solat fardhu serta ditambah dengan
solat-solat sunat. Insya-Allah kita akan menjadi sihat wal'afiat.
|